header image
 

Lelaki Hensem vs Lelaki Tak Hensem

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler…
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: ehh, perasan bagus…

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat…
perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu…
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat…
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang kalau
lelaki tak handsome penyayang binatang…
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar, kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar…

perempuan akan kata: tak sanggup melihat
hasilnya ya?…

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

Susah la klu diri dh x ensem… buat tu salah, buat ni salah….
huhh! nasib badaaan….

Bookmark and Share

BANGSA YANG SUDAH ROSAK

Satu bangsa yang sudah rosak jiwanya
Nafsu serakahnya tidak dapat dikawal
Di waktu itu bukan mudah dibaikpulihkan semula
Bangsa yang jiwanya sudah rosak ilmu akan disalah guna
Kecerdikannya akan dijadikan jerat dan perangkap mangsa tipuannya
Jawatan dan pangkat yang diberi itu adalah perniagaannya untuk mencari untung
Atau ia akan menjadikan ladang atau aset tempat mencari kekayaan
Setiap amanah yang diberi dianggap ghanimah
Yang tidak ada ilmu atau jawatan, dia akan buat apa sahaja, yang penting adalah kesenangan
Mencuri, tipu, bunuh, rompak, pedaya dan lain-lain cara
Yang penting boleh cari makan, boleh hidup, boleh senang, sekalipun mengorbankan kesenangan orang
Di waktu itu kasih sayang musnah, perpaduan punah
Hidup macam haiwan, macam syaitan, yang kuat menindas yang lemah
Curiga-mencurigai satu sama lain pun datang
Prejudis yang tidak dapat dikawal perasaan
Duduk di tengah masyarakat terasa seorang
Duduk seorang bimbang, duduk di tengah
masyarakat terpaksa kerana keperluan
Indahnya tiada, curiga-mencurigai tetap ada, senyum hanya dibuat-buat
Percaya-mempercayai sudah tidak ada
Aduh seksanya hidup bermasyarakat
Bergaul sesama manusia, macam bergaul dengan binatang buas
Sentiasa waspada, curiga, sentiasa awas, berjaga-jaga
Begitulah kalau satu bangsa jiwanya sudah rosak
Mereka terperangkap dengan ketakutan sesama manusia
Siapalah yang hendak memulihkan jiwa mereka?!
Ia perlukan seorang pemimpin yang cukup hebat wibawanya
Pemimpin yang dibantu oleh Allah mendidik dan memimpin mereka
Itu pun mungkin memakan masa berpuluh-puluh tahun juga lamanya

28.2.2004 Menjelang Asar

Bookmark and Share

Khasiat Bau Ketiak…

Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid.

Menurut laporan Journal Biology of Reproduction America, sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja "diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya. Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian disapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut.

Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang disapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang…. di petik dari majalah PA&MA (Feb 2004) kalau tak caya… So kengkawan kalau tengah strees tu ….bolehlah cium ketiak suami atau boyfriend. Bagi kaum adam pulak, simpan bau ketiak tu utk orang tersayang.

Moral of the Story…. kepada mana2 pompuan yang rase otak tengah berserabut dan tensen, pandai2 la korg pegi cium ketiak balak2 korg.. pandai2 la korg nk explain cmne… kalo dia nk bg, bagus la… kalo dia x bagi, nasib hangpa la…
ha! ha! ha! selamat mencuba & kepada para isteri2 plak, jangan dok tension sangat… nanti kena cium bau ketiak suami….

Bookmark and Share

n t a h a p e a p e n t a h

msti byk tanggapan liar, salah dan tak munasabah akan ako terima psl blog2 yg ako poskn… org bley kata mcm2… yg baik dan yg x baik…mulut org, kite mmg x bley nk tutup… tp ape yg ingin ako luahkn adelah ape yg telah lame ‘meletop-letop’ dlm benak ako selama ini… takde ruang dan tmpt yg bley ako luahkn dan lepaskn… nk send emel kat kawan2… ramai lak kate mcm2… buat semak inbox la, tu la, ni la… nk post dalam buletin pulak, ramai org marah…salah guna ruang la… buat semak la… huhh! last2, terpaksa la ako tulis je kat cni… org nk baca ke, org tanak bace ke, pegi mampus la… ape dorg bley kata? "ikot kawe kuba kawe"…

Bookmark and Share

Dimanakah kebenaran??!!

Saya selalu ditanya oleh rakan-rakan yang kononya anti keganasan mengenai Dr Azhari. Pertanyaan tersebut adalah pertanyaan sinis dengan tujuan menepelak saya kononnya belajar tinggi tetapi akhirnya mati dengan sia-sia. Malah ada dikalangan mereka pula menambah sebagai mati katak, masuk neraka kerana membunuh orang yang tak berdosa.

Saya tak berhasrap untuk membuat analisis yang kompleks mengenai Dr Azahari Husin. Sebelum saya menjawab semua soalan berkaitan dengan Dr Azahari adalah lebih baik kita mengambil pendekatan yang matang dan profesional. Berfikir secara profesional dan matang adalah satu cara yang baik daripada kita terus terjerumus dengan berita dan maklumat propaganda yang akhirnya membodohkan minda kita sendiri.

Saya membaca meneliti peribadi Dr Azahari secara spontan sebelum dia dikatakan aktif dengan kumpulan Jamaah Islamiah (JI) yang ada kaitan dengan al-Qaeda. Memang tak banyak maklumat berhubung beliau dan kita pun kenal dia apabila akhbar memaparkan beliau sebagai orang yang dikehendaki kerana terlibat dengan kumpulan Jamaah Islamiah (JI). JI pun kita tak beberapa jelas, seperti mana juga kita tak berapa jelas dengan kumpulan KMN yang mana beberapa orang yang tak berdosa ditahan dibawah akta ISA.

Dia seorang pensyarah yang baik, dulu seorang pelajar Melayu MCKK yang berpontesi. Seorang abang yang bertanggungjawab dan mendidik adik-adiknya. Seorang suami yang boleh dikatakan baik untuk seorang isteri yang tak mendapat anak setelah berkahwin 12 tahun. Masyarakat sekeliling yang mengenalinya juga mengatakan dia seorang baik, tak dengar setakat ini ada yang memburuk-burukkannya dengan perangai yang sombong atau angkuh.

Tapi suasana berubah pada tahun 2002. Dia adalah pengganas antarabangsa yang dikehendaki. Pakar bom yang menjadi buruan polis dunia. Dia dikatakan kejam kerana membunuh manusia yang tak berdosa.

Saya menjadi pening dengan maklumat ini. Tuduhan kepada Dr Azahari Husin sebagai pengebom bersiri di Indonasia adalah tidak jelas. Kita tidak ditunjukkan dengan bukti dan maklumat jelas bahawa dia adalah perancangan dan penyebabnya.

Kita tidak mahu tertipu sebagai kita tertipu dengan isu perang ke atas Iraq. Kononnya Iraq mempunyai senjata permusnah. Akhbar, media massa dunia saban hari membawa cerita-cerita tentang Iraq dengan senjata pemusnahnya. Pakar senjata, penganalisis senjata dunia, gambar satelit dan macam-macam perkara yang kita sendiri pun tak terfikir ada alat secanggih itu boleh mengesan bumi Iraq. Tapi semuanya tipu belaka dan kita diperbodohkan oleh media massa barat dan Yahudi.

Di negara kitapun sama, banyak cerita-cerita lucu misalnya cerita Memali, Sauk, JI, KMN dan macam-macam lagi yang semuanya tak ada fakta yang boleh dipegang secara kukuh bagi mereka yang menggunakan akal fikiran. Akhirnya ramailah dikalangan mereka yang tidak disenangi telah ditahan di bawah ISA tanpa bicara yang adil dan saksama. Bukan mereka sahaja menderita tetapi anak dan isteri juga merana kerana keangkuhan pemimpin yang zalim untuk mengekalkan kuasa.

Dulu pun sama, saya telah membawa artikel tentang Tok Janggut. Sejauh mana kita kenal Tok Janggut. Banyak mana fakta kebenaran yang kita perolehi daripada buku sejarah yang sekarang ini menjadi mata pelajaran wajib? Kita telah dibutakan dengan sejarah kita sendiri akhirnya perjuangan orang terdahulu seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Datok Bahaman, Tuan Haji Abdul Rahman Limbong dll menjadi kabur dan sia-sia. Kita hanya dibanggakan dengan UMNO kononnya UMNOlah maka kita merdeka. Sekali kita ditipu, maka sekali lagi minda kita makin jumud.

Kita mengakui bahawa Dr Azahari adalah seorang pakar bom, beliau banyak menghabiskan masa dan harta untuk membantu perjuangan masyarakat Islam yang di tindas di Maluku, Ambon, Selatan Thailand, Mindano, Afghanistan, Chechen dll. Kita disembunyikan dengan fakta bagaimana masyarakat Islam di Maluku yang dibunuh, mereka dibakar dan ada dikalangan mereka disembelih, tidak lain tidak bukan kerana mereka ini adalah orang-orang Islam. Sebagai seorang Islam memang terdetik dalam jiwa untuk membantu mereka, sebagaimana Salahudin Al Ayub yang datang membela seorang perempuan Islam yang permainkan.

Dr Azahari yang hidup senang lenang meninggalkan kemewahan dunia menjadi manusia buruan kerana menegakkan perjuangan dan maruah umat Islam.

Kita pula jangan terpedaya dengan sumber-sumber berita Yahudi yang cuba memburuk-buruk imej perjuang Islam dengan pengeboman di tempat-tempat awam. Ini semua permainan Amerika dan mereka telah mengenakan tekanan kepada kerajaan Indonasia membawa kepada pemburuan Dr Azahari Husin.

Perkara yang sama juga berlaku kepada Abu Bakar Basir pun dituduh mendalami semua ini, tetapi apabila tidak ada bukti yang jelas dan kerajaan Indonasia yang mendapat tekanan Amerika akhirnya mengurung beliau dengan tuduhan yang tidak jelas. Semua perjuang Islam digambarkan sebagai manusia yang tak ada berperi kemanusiaan membunuh orang sesuka hati. Itulah kehandak Amerika akhirnya kita dimanipulasi dengan maklumat yang jahat dan serong.

Cukup la tertipu, sebagaimana terdedahnya penangkap 2 askar komando elit Amerika di Iraq dengan pakaian seperti Mujahidin yang mempunyai senjata dan bom yang banyak yang seolah-olah Mujahidin melancarkan serangan kepada penduduk awam.

Kita juga tidak mahu tertipu dengan pendedahan penyembelihan tahanan awam oleh kumpulan Jihad adalah lakonan dan mereka yang menyembelih memakai cincin emas dan terdapat banyak keraguannya.

Siapa sebenarnya yang mengebom tempat-tempat awam? Kita perlukan bukti yang jelas dan kukuh. Jangan sampai kita terperdaya dengan tipu helah musuh.

Saya masih ingat lagi semasa saya berbual dengan pakar saraf UMNO yang telah bersara setelah 22 tahun berkhidmat dengan UMNO untuk menatuhkan imej PAS.

Antara lain yang disebut, semasa pilihan raya Pemuda Lasak UMNO akan membakar markas-markas atau bendera UMNO. Bila masyarakat melihat perkara ini maka timbul simpati kepada UMNO dan rasa marah kepada PAS yang kertelaluan.

Bukan sahaja perkara yang besar, malah perkara yang kecil juga dititk beratkan dalam saraf jelas beliau. Misalnya zaman dahulu kepercayaan orang Melayu apabila ada biawak melintas menunjukkan alamat tidak baik. Orang-orang UMNO akan menangkap biawak untuk dilepaskan dalam ceramah-ceramah PAS yang akan memberikan kesan kepada orang atas pagar. Perkara ini berlaku di zaman era 60an.

Soalnya Dr Azahari mati atau tidak bukan soal penting tetapi yang perlu kita perjelaskan di sini imej buruk yang diberikan kepada Dr Azahari dan perjuang-perjuang Islam. Mula-mula kita diberitahu bahawa Dr Azahari meletupkan diri sendiri dalam serbuan yang disertai oleh 10 askar elit Indonasia yang dilatih khas oleh Amerika. Kemudian ada penafian tentang berita ini.

Apakah implikasi daripada berita tentang membunuh diri sendiri? Terdetik dalam diri kita bahawa ini satu perjuangan yang tak betul, bunuh diri sendiri. Secara halus jarum propaganda untuk memburuk imej Dr Azahari telah berjaya. Malah inilah yang digunakan oleh Yahudi untuk memburuk-buruk perjuang Islam, yang juga sama dilakukan oleh kerajaan Malaysia terhadap perjuang Islam di negara kita.

Saya ingin mengambil satu petikan dalam akhbar Harian Metro.
Berdasarkan laporan dipetik daripada laman web sebuah akhbar Indonesia, rumah sewa itu turut didakwa dihuni Abu Mujahid dan isterinya dikenali sebagai Lastari. Kalau baca aje berita ini kita mungkin merasa keraguan kerana Abu Mujahid menghilangkan diri tetapi meninggalkan banyak maklumat, termasuk panduan membuat senjata api.

Bagaimanapun, penduduk setempat mendakwa Abu Mujahid dan isterinya menghilangkan diri tiga hari sebelum sambutan Aidilfitri lalu.

Hasil pemeriksaan terhadap rumah terbabit, polis menemui 40 butir peluru raifal M-16, 10 peluru pistol Colt .38mm, pisau belati dan beberapa dokumen penting dikaitkan dengan aktiviti pengganas.

Selain itu, polis Indonesia turut menemui buku berjudul Osama Bin Laden dan Imam Samudra Dari Bali ke Jateng selain beberapa buku berhubung teknik membuat senjata api.

Oleh kita tanganilah berita Dr Azahari ini dengan profesional dan matang jangan sampai minda kita dimasukkan dengan maklumat-maklumat ‘rubbish’….

http://tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=3512

AKU BUKANNYA ANTI KERAJAAN, DAN JUGA BUKAN PRO PENGGANAS…
AKU PENCHENTA KEAMANAN, PENCHENTA KEADILAN, PENCHENTA KEBENARAN..
AMAT PEKA DAN SEDIH DENGAN KEJADIAN2 YG BERLAKU AKHIR2 INI…
PERCAYAKAH KITA DGN PENIPUAN2 YANG DILAKUKAN OLEH MANUSIA2 YANG JELAS SGT ANTI DAN BENCI DENGAN ISLAM? TERBARU, YANG MASIH PANAS2 LAGIH, KEJADIAN BOM DI JORDON, YG KESAHIHAN KEJADIAN MASIH LAGI DIRAGUI… PERCAYAKAH KITA DGN SEMUA INI? SEDANGKAN PENGLIBATAN AL QAEDA ( kalau la betul dia wujud ) DALAM TRAGEDI SEPTEMBER 11 MASIH DIRAGUI OLEH RAKYAT MEREKA SENDIRI… SAMA2 LA KITA BERDOA, AGAR KEBENARAN YANG SEBENAR AKAN DITUNJUKKAN…..

AMIN YA RABUL ‘ALAMIN

( CINTAKAN TERTEGAKNYA AGAMA ALLAH DI MUKA BUMI..)

Bookmark and Share

Figura Malaya

Semalam ku dondangkan sayang
Buatnya permaisuri
Datang dari imaginasi
Ilusi ku dari planet Urich
Deritalah sang mentari
Oh.. Figura bestari
Maka terciptanya
Oh.. kemistri di antara kita berdua
Bila bibir suci mu ku sentuh
Nur karisma mengalir umpama
Ohh.. elektrik.. elektrik
Semalam ku sandiwara
Kau wayang ku
Kau permaisuri
Ada kasih pada siang
Imaginasi ku berteori
Radar-radar ku dinihari
Semalam ku berdondang sayang riang
Maka terciptanya kemistri di antara kita berdua
Bila bibir suci mu ku sentuh
Nur karisma mengalir umpama
Ooh.. elektrik.. elektrik
Wahai puteri ku
Mana mungkin
Aku menduakan diri mu
Semata hanya untuk ku
Memuaskan…
Wahai dinda ku
Mana mungkin aku memadukan dirimu
Semata hanya membuat ku
Memuaskan kan nafsu.. uuuhhh…
Tu.. du.. du..
Semalam ku berdondang sayang riang
Oh.. figura Malaya ku

Bookmark and Share

FAKTA TENTANG COKE

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola. 

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian ‘flush’. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan ‘corrosion’ atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal! 

Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh… mesti buat overhaul ni!

Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otak pun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati… .nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala! Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!], time raya, time parti, time kenduri , time bola piala dunia dll.

Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca. Bulan ni bulan membaca. Rajin membaca pasti berjaya. Luang-luangkanlah masa untuk membaca.

Bookmark and Share

Asal usul Yahudi

Jewsantijews 

Kita pernah dengar bagaimana keganasan Israel di bumi Palestin, tidak kira tua atau muda saudara kita, tidak kira lelaki atau wanita saudara kita, dikencam begitu hina. Antara ceritanya adalah wujudnya kaum Yahudi dan sejarah kehidupannya, tertubuhnya Pergerakan Zionis dan Pencerobohan dibumi Palestin. Semoga segala cerita ini akan membuka minda kita dan memberi iktibar pada kehidupan kita tentang asal usul kaum Yahudi.

Asal-usul kaum yang laknat

Pada masa ini ramai orang yang beranggapan bahawa Hebrew, Bani Israel dan Yahudi itu adalah sama sahaja. Tapi sebenarnya, setiap satu dari yang disebutkan itu adalah berbeza. Hebrew merupakan satu bahasa dan bukan rumpun bangsa. Bahasa Hebrew digunakan oleh puak nomad Semitic yang tinggal di Timur Mediterranean sebelum tahun 1300 sebelum Masihi.

Bani Israel pula adalah merupakan satu rumpun bangsa yang sememangnya pernah wujud dalam sejarah manusia. Manakala Yahudi pula adalah satu kumpulan manusia yang telah mengamalkan peradaban Hebrew dan Bani
Israel.

Orang-orang Yahudi sebenarnya tergolong dari berbagai-bagai rumpun bangsa dan bukan satu bangsa yang tulen. Ia merupakan tidak lebih daripada sekumpulan komuniti manusia yang berjaya memelihara identity mereka selama 1900 tahun. Iaitu dari tarikh musnahnya wilayah kekuasaan Rom yang dikenali sebagai Judea dalam tahun 135 Masihi sehinggalah penubuhan Negara Israel dalam tahun 1948. Dalam tahun 1970, Parlimen Israel telah meluluskan satu undang-undang yang mentafsirkan Yahudi sebagai seorang yang dilahirkan daripada seorang ibu Yahudi. Satu tafsiran yang tidak mempunyai erti langsung. Apa yang telah mengekalkan perpaduan mereka ini ialah keteguhan mereka dalam memegang dan mengamalkan agama yang dikenali sebagai Judaisme.

Orang-orang Yahudi mengabadikan diri mereka yang begitu mendalam dan bersungguh-sungguh terhadap ilmu pengetahuan. Kepada mereka, mempelajari ilmu pengetahuan adalah satu-satunya amalan keagamaan yang mesti dilakukan di dalam apa jua keadaan sekalipun. Bagaimanapun, rata-rata, Yahudi adalah orang yang tidak sepatutnya diberi muka di atas bumi ini. Bangsa-Bangsa Bersatu, mereka telah dengan mudah tunduk kepada tekanan-tekanan dan desakan Yahudi. Bagaimanakah hanya sekumpulan komuniti manusia boleh diberikan sebuah Negara. Negara itu pula adalah sebuah Negara milik orang lain.

Yahudi tidak dikehendaki walau di mana-mana pun. Di antara tahun 132 hingga 135 Yahudi telah diharamkan memasuki Jerusalem. Sesiapa sahaja di kalangan mereka yang melanggar perintah itu akan dihukum bunuh. Dalam kurun ke-enam pula, orang-orang Yahudi yang merempat di Sepanyol telah diletakkan ke satu taraf kedudukan yang paling hina sekali. Semasa kebangkitan agama Kristian di Eropah, ramai orang Yahudi telah dibunuh di atas tuduhan telah menyebabkan kematian Nabi Isa. Dalam zaman Perang Salib yang berlaku di antara kurun Masihi yang ke-11 hingga kurun Masihi yang ke-13, ramai lagi orang Yahudi yang telah dibunuh. Dalam tahun 1215, majlis Gereja Roman Katholik telah mengarahkan supaya semua orang Yahudi memakai tanda pengenalan. Perkara yang sama juga dilakukan oleh Khalifah Omar semasa beliau memerintah Baghdad. Dalam tahun 1920 pula, Raja Edward I, iaitu Raja England ketika itu, telah menghalau Yahudi dari bumi England. Perbuatan ini dituruti pula oleh Raja Perancis, Charles IV

Dalam abad yang ke-14 dalam satu era yang dipanggil ‘Black Death’, pembunuhan secara beramai-ramai ke atas orang-orang Yahudi menjadi sebagai satu perkara biasa sahaja. Sepanyol menghalau penduduk-penduduk Yahudi dari Negara mereka dalam tahun 1494. Portugal pula berbuat demikian dalam tahun 1497. Sejarah juga telah membuktikan bahawa orang-orang Yahudi ini telah merempat dari satu tempat ke satu tempat. Ada di antara mereka telah lari ke Turki. Nasib baiklah ketika itu Turki adalah sebuah Negara Islam yang diperintah oleh Constantinople. Islam adalah satu-satunya agama yang sangat bertoleransi. Selain dari Turki, mereka juga lari ke Rusia dan Poland. Dalam tahun 1648 terdapat kira-kira setengah juta Yahudi di Poland. Tapi tidak lama kemudian, di sekitar tahun 1648 hingga 1658, di bawah pemerintahan Bogdani Chmielnicki, sebilangan besar dari mereka telah dibunuh dan harta mereka dimusnahkan.

Selepas tahun 1650, satu era baru muncul pula di Eropah Barat berikutan dengan Reformasi Puak Protestan. Dalam era itu orang-orang Yahudi telah digalakkan pula berhijrah ke tanah jajahan British yang baru, iaitu Amerika. Dalam tahun 1791, Majlis Kebangsaan Perancis membenarkan kemasukan orang-orang Yahudi ke Negara itu. Ini dilakukan sebagai memenuhi konsep demokratik Revolusi Perancis. Namun begitu, tidak beberapa lama kemudian, Napoleon I telah membantah keras dasar itu. Sementara kedatangan orang-orang Yahudi disambut baik di Eropah Barat, Eropah Timur pula mengamalkan dasar yang berlawanan. Rusia dan Poland telah mengamalkan dasar pembunuhan beramai-ramai ke atas orang-orang Yahudi. Pembunuhan ini samalah seperti apa yang telah berlaku di Eropah Barat satu ketika dahulu.

Apabila Poland Timur menjadi sebuah tanah jajahan Rusia di antara tahun-tahun 1772 hingga 1796, orang-orang Yahudi yang masih ramai lagi hidup di situ telah dikenakan sekatan-sekatan yang hebat. Mereka juga hilang hak untuk menuntut ilmu dan berniaga. Mereka tidak dibenarkan tinggal di luar tempat-tempat yang tertentu. Bukan itu sahaja, malah Kerajaan Rusia telah menggalakkan serta membiayai pembunuhan orang-orang Yahudi secara beramai-ramai. Peristiwa inilah yang dikenali sebagai ‘pogrom’, iaitu pembunuhan orang-orang Yahudi secara beramai-ramai di zaman moden. Ia berlaku dalam tahun 1881 berikutan terbunuhnya Czar Alexander II.

Kemudian dalam tahun 1903 dan tahun1905, ekoran dari kegagalan Revolusi Rusia, berlaku sekali lagi pogrom. Pogrom kali ini hebat dan berlaku di 600 buah kampung orang-orang Yahudi. Mereka dicincang hidup-hidup sementara harta benda mereka serta rumah-rumah mereka dibakar. Pogrom yang mengorbankan beratus-ratus ribu orang Yahudi pula berlaku semasa Perang Saudara Rusia akibat dari Revolusi Bolshevik dalam tahun 1917. Dalam tahun 1938, pogrom juga telah berlaku di Jerman. Dan pogrom yang terbesar sekali yang pernah berlaku dalam sejarah ialah pogrom yang berlaku dalam Perang Dunia Kedua di mana seramai enam juta orang-orang Yahudi telah dibunuh secara sistematik dalam apa yang dinamakan oleh Kerajaan Jerman sebagai ‘penyelesaian terakhir kepada masalah orang-orang Yahudi’.

Bookmark and Share

: N u r M a l a m :

Renungi malam ini rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam

Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran

Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati

Bila hati menghadap Tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding Yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan

Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terimalah taubatku dan ampunkan dosa-dosaku

Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai tuhanku
Allah yang satu

Kuakhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Kuharap terimalah taubat

n u r m a l a m [ s a u j a n a ]

Bookmark and Share

: w a A A a r r R g H h h ! :

smalam, aku baru jer setle 4mat pc aku…. dah tenat sgt dah pc aku nih…. buat pertama kali nyer aku 4mat pc nih… skg, dh kira ok lar sket… klu dlu, mmg slo gle… tp nk kna setting blk mmg mkn mase gak ler… kena install balik ape yg patut…hurmm…tapi ade satu mslh besar yg aku baru jer prasan smlm… lepas jer sonok pc dh ok, baru aku perasan 2 folder aku yg very very very very very important and personal telah terdelete skali… unsangkarable… padahal bnda tuh aku dah letak kad Document (D:)… sblm nk 4mat, aku dh chek sume dh… tp aku pon heran cne lar bley terdelete gak.. pd hal doc lain yg aku letak kat (D:) tak terdelete plak.. mgkn sbb 2 folder tuh aku dh setkan… dh diprivate kan… sume keja2, projek2 dan assgmnt aku mase aku UM dah hangus….termasuk gak ngan tesis aku dan tesis kwn2… dan data2 peribadi aku yg aku smpn sume burn… aduhhh! nk tdo pn x lena… dh le bnda tuh xde back up… mane ler aku nk cari balik sume tuh…  dugaan.. dugaan

Bookmark and Share